Selamat Datang ke One Step Blog

Sekadar coretan dan berkongsi informasi yang sedia ada.

Selamat Datang ke One Step Blog

Sekadar coretan dan berkongsi informasi yang sedia ada.

Selamat Datang ke One Step Blog

Sekadar coretan dan berkongsi informasi yang sedia ada.

Selamat Datang ke One Step Blog

Sekadar coretan dan berkongsi informasi yang sedia ada.

Selamat Datang ke One Step Blog

Sekadar coretan dan berkongsi informasi yang sedia ada.

Thursday 15 November 2012

3d Artwork


Artwork in 3d

Game Scene


Game Scene 2


Video Youtube Kepada format Mp3


Bagaimana mendapatkan file mp3 dari video youtube ?

Langkah 1
Buka laman web youtube , kemudiannya cari video yang ingin ditukarkan kepada format mp3 .
Copy(salin) Link Url video yang berada di atas.


Langkah 2
Buka lama web http://www.listentoyoutube.com untuk menukarkan format video. Paste url link video        youtube di ruang disediakan.


Langkah 3
Klik pada CONTINUE TO WWW.LISTENTOYOUTUBE.COM untuk ke page yang seterusnya .


Langkah 4
Klik pada Click here to get your downlod link  untuk mendapatkan file mp3.


Langkah  5
Klik pada Download untuk memulakan proses memuat turun file mp3 . File mp3 telah siap untuk dimuat turun .


Langkah 6 
Sekirannya untuk untuk menukarkan video lain kepada format mp3 , klik pada Convert Another Video  .


Kembara Di Shah Alam , Selangor

 Pemandangan Di Galeri Budaya Shah Alam 









































Wednesday 14 November 2012

Keratan Akhbar Sinar Harian


Filem animasi bernilai RM6 juta
WARTAWAN SINAR HARIAN
9 Mac 2013
Filem animasi bernilai RM6 juta
Filem animasi bernilai RM6 juta
Berita gembira kepada peminat siri animasi Bola Kampung yang ditayangkan di saluran TV9, apabila siri animasi ini diangkat ke layar perak.

Bakal ditayangkan bermula 21 Mac ini di pawagam seluruh Malaysia, filem animasi yang mendapat sentuhan pengarah Wong Kuan Loong ini dikatakan menelan belanja sebanyak RM6 juta sebagai kos pembikinannya.

Dalam pada itu, ia juga menggunakan 100 bakat animasi tempatan bagi memastikan filem ini berkualiti tinggi.

Malah, ia turut menampilkan format Imej Janaan Komputer (CGI) yang baharu dan menakjubkan.

Manakala setiap karakter dalam filem ini pula menggunakan suara  artis popular tempatan seperti Ezlynn, Marsha, Afdlin Shauki, Datuk Aznil Nawawi, Aizat, Harun Salim Bachik, Deanna Yusoff, Harris Alif, Baki Zainal dan Douglas Lim.


Upin & Ipin jadi Duta Unicef Malaysia

8 Mac 2013
Upin Ipin
$entry.content.caption.value
KAREKTOR utama dalam siri animasi popular Malaysia 'Upin & Ipin' dipilih Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) Malaysia sebagai Duta Negara bagi kanak-kanak.

Wakil Unicef di Malaysia Wivina Belmonte berkata poulariti dan komitmen dua Duta Negara muda itu boleh membantu memperjuangkan hak dan kesejahteraan kanak-kanak, di samping menyemai sikap menghormati perempuan dan wanita.
"Upin & Ipin menghantar satu mesej penting, bahawa 'lelaki tulen tidak membuli, memukul atau mencederakan orang perempuan. Bukanlah sesuatu yang baik, sesuatu yang melucukan dan sesuatu yang betul untuk berbuat demikian," katanya semalam.

Beliau berkata, Unicef Malaysia akan bekerjasama dengan penerbit siri itu Les' Copaque Production Sdn Bhd untuk mewujudkan kesedaran tentang isu berkaitan kanak-kanak kurang upaya, perbuatan membuli, keselamatan Internet dan keganasan terhadap perempuan.

Ketua Bahagian Pemasaran Antarabangsa Les' Copaque Karyabudi Mohd Aris berkata mereka berharap dapat membantu Unicef melalui platform media dan sosialnya.
"Unicef memilih kami kerana pengaruh kami terhadap massa, khususnya kanak-kanak daripada pelbagai peringkat usia, nilai budaya dan perilaku positif yang kami tonjolkan melalui siri kami selama ini," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Multimedia Kreatif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) Kamil Othman berkata kolaborasi itu akan membantu mempromosi budaya Malaysia kepada masyarakat dunia.
"Animasi adalah cara terbaik untuk menceritakan sesuatu kisah... ini merupakan sesuatu yang jarang berlaku dalam industri multimedia kreatif dan
animasi tempatan, yang kami harap akan memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab industri kreatif bertaraf dunia," katanya.

Melalui peranan mereka sebagai Duta Negara, 'Upin dan Ipin' akan terus menjadi suara penting dan contoh menarik bagi kanak-kanak di Malaysia.

Karektor 'Upin dan Ipin' itu dipilih sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa esok, sesuai dengan temanya 'Janji Tetap Janji - Masa Untuk
Bertindak Untuk Menghentikan Keganasan Terhadap Wanita'. - Bernama


Siri animasi Upin dan Ipin angkat jenama Malaysia di persada dunia


29 Mac 2012
upin ipin
$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Teater kanak-kanak 'Upin dan Ipin the Musical' diharap dapat mengangkat jenama Malaysia ke persada dunia, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Maglin berkata ini kerana siri animasi itu yang telah menjadi ikon negara dengan membawa nama, budaya, bangsa dan cerita tentang rakyat Malaysia, kini semakin diterima baik di luar negara termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

"Di dalam Upin dan Ipin diketengahkan watak-watak rakyat Malaysia seperti Opah, Kak Ros, Ehsan, Jarjit, Mei-Mei, Susanti dan Rajoo. Maka jenama ini harus terus dipelihara dan disebar luaskan lagi ke seluruh dunia," katanya ketika berucap pada majlis pengenalan teater muzikal Upin dan Ipin di Istana Budaya, di sini, hari ini.

Teater muzikal arahan Zaifri Husin akan mula dipentaskan pada 14 April hingga 6 Mei ini selama 23 hari melibatkan 30 persembahan oleh pelakon-pelakon berusia antara 9 dan 39 tahun.

"Saya percaya ini adalah rekod baru dalam dunia teater, bukan sahaja di Istana Budaya malah sejarah negara," kata Maglin yang turut memuji keberanian Les' Copaque Production Sdn Bhd and CTRA Production untuk menerbitkan teater berkenaan.
  
Maglin berkata kementerian melalui Istana Budaya akan sentiasa membantu penerbit, aktivis, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta dalam memartabatkan seni teater di negara ini.

"Dengan bantuan yang dihulurkan seperti kemudahan tempat pementasan, sudah pasti akan memberi peluang kepada jenama Malaysia untuk mencipta sesuatu yang memberi nilai positif kepada masyarakat," katanya.

Beliau turut berharap teater muzikal berbahasa Inggeris itu akan meninjau peluang ke pasaran luar seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Jepun dan negara lain.

Tiket berharga RM36, RM56, RM86, RM106, RM206, RM256, RM356 dan RM456 boleh dibeli di kaunter tiket Istana Budaya atau melalui internet dengan melayari www.ticket2u.biz.- Bernama


Setem papar pengembaraan Upin Ipin dijual mulai Selasa ini
15 September 2012
SHAH ALAM - Pos Malaysia Berhad, dengan kerjasama Les' Copaque Production Sdn Bhd, melancarkan setem khas menampilkan pengembaraaan watak filem animasi tempatan, Upin dan Ipin, yang akan mula dijual kepada umum Selasa ini.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pos Malaysia Berhad Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata 'Koleksi Setemku Kembara Upin dan Ipin', yang dikeluarkan dalam lima siri, direka khas untuk peminat mencetak gambar sendiri di atas setem yang berlatarbelakangkan Upin dan Ipin.

Beliau berkata koleksi itu dikeluarkan dalam dua bentuk, satu memaparkan pelbagai imej Upin dan Ipin, yang dijual pada harga RM26 untuk setiap helaian manakala satu lagi memberi peluang pelanggan mencetak gambar mereka bersama kedua-dua watak dan dijual pada harga RM35 sehelai.
   
Katanya, setiap helaian mengandungi lapan keping setem dalam denominasi 35 sen dan 65 sen.
   
"Siri pertama koleksi setem ini akan mula dijual Selasa ini dan siri kedua hingga siri kelima akan dikeluarkan secara berperingkat sehingga Januari tahun depan.

"Kami berasa bangga kerana dapat memaparkan Upin dan Ipin dalam Koleksi Setemku ini dan percaya ia akan menjadi koleksi bernilai untuk pengumpul setem ataupun peminat Upin dan Ipin," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran setem khas itu di sini hari ini.
   
Pos Malaysia bekerjasama dengan Les Copaque Productions buat kali kedua dalam mengeluarkan siri setem ini selepas pengeluaran koleksi setem khas Permainan Tradisional Masa Lapang Bersama Upin Ipin dan Kawan-Kawan pada 2010.

Siri setem khas ini akan dijual di Galeri Setem, Ibu Pejabat Pos Malaysia (Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur) serta di 104 Pos Shoppe di cawangan Pos Malaysia seluruh negara. - Bernama


Aqil Story bukan sekadar hiburan
NINA FARZUIN MD SHAROM
31 Julai 2012
Aqil Story bukan sekadar hiburan
Aqil Story - Foto IHSAN KHALIFA PRODUCTION SDN BHD

ANIMASI merupakan medium hiburan yang paling dekat dengan penonton cilik dan tidak hairanlah rata-rata stesen televisyen tidak ketinggalan menyiarkan pelbagai program animasi.

Stesen televisyen berkonsepkan Islamik, TV Alhijrah turut mengambil pendekatan tersebut dengan menyiarkan animasi Aqil Story yang memaparkan kisah tauladan dari al-Quran dan hadis khas buat tatapan kanak-kanak.

Program 13 episod terbitan Khalifa Production Sdn Bhd ini akan mula disiarkan pada hujung Ogos ini, setiap Sabtu, jam 5 petang.

Berbeza dengan program animasi lain, Aqil Story, dihasilkan bertujuan untuk memberi didikan spiritual kanak-kanak di peringkat awal dan bukannya hiburan semata-mata.

Selaku pengarah, Khatijah Abd Rashid berkata, tidak banyak drama animasi yang menerapkan nilai-nilai kekeluargaan, persahabatan, kasih sayang, akhlak dan pengajaran yang positif diketengahkan.

"Kami memaparkan konflik kehidupan kemudian disusuli dengan kaedah penyelesaian masalah supaya kanak-kanak yang menonton dapat memahami mesej yang cuba kami sampaikan.

"Jalan penyelesaian yang dipaparkan juga akan disampaikan dengan kaedah penceritaan melalui kisah-kisah tauladan yang berbeza mengikut nilai-nilai murni yang terkandung dalam al-Quran dan hadis, sekali gus berupaya memberi pengajaran dan tauladan berguna kepada kanak-kanak," jelasnya.

Khatijah berkata, setiap episod turut diselitkan ulasan dan nasihat oleh Ustaz Amaluddin Mohd Napiah.

"Saya berharap, drama animasi ini dapat menarik lebih ramai penonton memandangkan kisah yang dipaparkan dapat memberi manfaat yang berguna kepada kanak-kanak yang mengikuti kisah ini kerana ia bukanlah sekadar hiburan kosong," ujarnya.

Mengisahkan ragam seorang kanak-kanak yang menetap di Putrajaya, Aqil Story menggunakan khidmat suara adik Nurul Malisa Izzati, 12.

Kos pembikinan tinggi

DRAMA animasi bukanlah lagi perkara baru dalam industri hiburan antarabangsa mahupun tempatan, malah di Malaysia, bidang ini semakin berkembang pesat dengan lahirnya bakat dan idea yang lebih kreatif selari dengan kecanggihan teknologi dunia.

Menurut Khatijah, drama animasi bukanlah semudah yang dibayangkan kerana ia memakan masa yang lama untuk disiapkan selain kos pembikinannya yang tinggi.

"Saya akui pembikinan drama animasi yang bermula pada 2009 dan siap sepenuhnya pada 2010 ini beri cabaran yang hebat buat diri saya yang baru pertama kali melakukannya.

"Selain daripada itu, kekangan utama yang terpaksa kami hadapi adalah mengenai kos pembikinan yang agak tinggi. Untuk menyiapkan animasi ini anggaran kos yang diperlukan mencecah sehingga RM900 ribu," ujarnya.

Khatijah berkata, jalan penceritaan animasi ini turut memberi cabaran kerana bagi menyampaikan didikan Islamik, ia perlu lebih kreatif supaya kanak-kanak tidak bosan menonton.

"Maka kami perlu menyelitkan unsur komedi supaya ianya mampu menarik penonton cilik serta seisi keluarga.

"Mujur saya dibantu suami yang sebelum ini pernah menghasilkan animasi Kluang Man dan Usop Sontorian yang sememangnya memudahkan animasi Aqil Story ini disempurnakan," katanya.

Goliath setanding Hollywood!
SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
12 November 2012
Goliath setanding Hollywood!
Leon Tan (dua, kiri) bertindak sebagai penerbit utama. -
Foto: facebook Goliath

Goliath setanding Hollywood!
David Abramowitz

Goliath setanding Hollywood!
Suara Tony Eusoff digunakan bagi watak Shah.

Goliath setanding Hollywood!
Shah menggunakan keris untuk membunuh Martian.

Siapa yang dapat menafikan perkembangan animasi tempatan yang semakin hari menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

Siri animasi seperti Upin & Ipin, BoboiBoy dan Seefood antara produk tempatan yang harus dibanggakan kerana menggunakan sepenuhnya kepakaran anak Malaysia.

Namun, kita juga pasti tidak kurang bangganya dengan penghasilan filem animasi War of The Worlds: Goliath (WOTWG) yang akan menemui penonton di pawagam, 15 November ini.

WOTWG yang diterbitkan produksi Tripod Group of Companies (Tripod) bertapak di Kuala Lumpur dan Los Angeles, Amerika Syarikat merupakan filem animasi tempatan pertama yang dihasilkan dalam bentuk 3 Dimensi (3D) stereoskopik dengan gabungan teknologi sel 2D hibrid serta kesan khas komputer (CGI).

Ini merupakan projek pertama Tripod yang dihasilkan dengan kerjasama Kevin Eastman iaitu pencetus bersama siri animasi terkenal, Teenage Mutant Ninja Turtles sebagai penerbit eksekutif.

Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama kumpulan Tripod, Leon Tan bertindak sebagai penerbit utama.

Filem ini mendapat sentuhan pengarah, Joe Pearson yang bukannya individu sembarangan kerana mempunyai 30 tahun pengalaman dalam bidang animasi di Hollywood.
Penulisnya pula, David Abramowitz sebelum ini pernah terlibat dalam siri televisyen terkenal Highlander.

Meskipun tunjang utamanya merupakan tenaga luar yang sememangnya memiliki kepakaran tinggi dalam penghasilan animasi, jangan dilupakan bahawa lebih 200 daripada 300 tenaga kerja yang menghasilkan filem bercorak sains fiksyen ini adalah warga Malaysia.

Menariknya mengenai filem ini, ia sudah pun meraih anugerah Filem Animasi 3D Terbaik di Festival Filem 3D Los Angeles, September lalu.

Kemenangan WOTWG lebih manis apabila berjaya menewaskan filem Hollywood lain yang tidak kurang hebatnya seperti ParaNorman, Madagascar 3 dan Tinker Bell.

WOTWG yang diadaptasi daripada komik terkenal tulisan HG Wells berusia 100 tahun ini juga ditayangkan di Persidangan Comic San Diego, Julai .

Filem ini menerima pembiayaan dan sokongan daripada Malaysia Venture Capital Management (MAVCAP), Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), pinjaman industri kreatif Bank Simpanan Nasional dan dana CG-kesan visual Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Berdurasi 85 minit, WOTWG mengambil latar belakang pada 1914, iaitu 14 tahun selepas pencerobohan makhluk asing dari planet Marikh iaitu Martian.

Manusia telah membina semula bandar dan pasukan tentera menggunakan teknologi yang berasal dari planet itu.

Mereka menubuhkan sebuah pasukan tahanan antarabangsa yang bernama ARES, yang berada di lokasi selatan Manhattan dan di bawah kawalan Theaodore Roosevelt.

Mereka telah mencipta sebuah tripod perang gergasi yang dijana dengan stim, Goliath.

Pasukan ARES yang diketuai Kapten Eric Wells bagaimanapun perlu berdepan dengan serangan kali kedua Martian yang kali ini semakin kuat.

Wells dibantu rakan sepasukannya termasuk Leftenan Raja Iskandar Shah atau Shah, putera raja berketurunan Bugis, dari Malaya.

Uniknya, Shah merupakan satu-satunya watak berbangsa Melayu dalam WOTWG iaitu penampilan pertama hero tempatan dalam filem bertaraf antarabangsa.

Tony Eusoff bangga

Ditawarkan menyumbang suara untuk watak Shah dalam filem ini dianggap satu peluang keemasan oleh aktor handalan tanah air, Tony Eusoff.

Meskipun bukan berbangsa Melayu, Tony ternyata teruja menggalas peranan yang diperolehnya berdasarkan kesesuaian suaranya dengan karakter Shah.

“Watak Shah digambarkan sebagai seorang putera dari Tanah Melayu yang tidak mementingkan kehidupan dirajanya.

“Sebaliknya, dia lebih rela menyertai ARES dan bersama-sama memperjuangkan keamanan dunia. Bagi saya, watak Shah ini amat mengagumkan,” ujar aktor berketurunan Bidayuh ini mengenai peranannya sebagai Shah.

Ini merupakan kali kedua Tony terlibat dalam projek alih suara animasi selepas filem Saladin.

Maka, kata Tony, dia tidak berdepan banyak masalah kerana pernah bekerjasama dengan pengarah suara WOTWG di Malaysia, Gavin Yap dalam Saladin sebelum ini.
“Saya tidak berpeluang bertemu dengan pelakon antarabangsa lain dan menjalani proses alih suara seorang diri.

“Memang agak mencabar untuk mendapatkan ‘feel’ tetapi Yap menjalankan tugasnya sebagai pengarah dengan baik untuk membimbing saya,” katanya yang aktif di pentas teater.

Sebagai salah seorang pelakon yang menyumbangkan suara, Tony meletakkan harapan tinggi agar filem ini diterima baik di seluruh dunia.

“Jika WOTWG berjaya, saya harap lebih banyak filem sebegini dihasilkan dengan bantuan kewangan pelbagai pihak termasuk kerajaan.

“Ini kerana, bukan mudah untuk menghasilkan filem animasi yang melibatkan belanja besar,” katanya.

Selain Tony, beberapa tenaga tempatan juga diberi peluang menyumbang suara antaranya Yap sendiri, Asha Gill, Susan Lankester dan Adila Shakir.

Manakala, barisan pelakon alih suara Hollywood terdiri daripada Peter Wingfield, Elizabeth Gracen dan Matt Letscher.

Penanda aras

Diberi peluang menonton filem ini baru-baru ini, penulis sememangnya kagum dengan hasil akhir WOTWG. Dari segi teknikal, tidak banyak yang boleh diragui.

Gabungan kepakaran luar dan tempatan ini telah berjaya menghasilkan animasi yang setanding dengan karya hebat lain.

Meskipun jalan ceritanya menumpukan kepada usaha tentera ARES untuk menumpaskan Martian, masih diselitkan elemen persahabatan dan kepentingan kerjasama berkumpulan.

Namun, dalam banyak-banyak karakter, sudah tentu tumpuan penulis lebih terarah kepada Shah yang mewakili orang Melayu di dalam filem ini.

Menariknya, watak Shah digambarkan sebagai seorang yang masih tinggi dengan nilai budaya Melayu walaupun berada di negara orang.

Lebih mengagumkan, apabila Shah menggunakan senjata orang Melayu iaitu keris untuk membunuh Martian bercakap dalam bahasa Melayu.

Meskipun bukan sebagai watak utama, kemunculan Shah secara tidak langsung memperkenalkan karakter seorang pejuang berbangsa Melayu kepada masyarakat antarabangsa.

Secara keseluruhannya, WOTWG telah meletakkan penanda aras baru bahawa tenaga kreatif tempatan sememangnya sudah bersedia untuk meledakkan penciptaan kandungan 3D di peringkat global.

INFO

Klasifikasi: P13
Genre: Aksi/Fiksyen Sains/Animasi
Tarikh tayangan: 15 November 2012
Pengedar: GSC MOVIES
Pengarah: Joe Pearson
Pelakon: Tony Eusoff, Jim Byrnes, Joey D’Auria, Matt Letscher, Adam Baldwin, Adrian Paul, Elizabeth Gracen, Mark Sheppard, Rob Middleton, Peter Wingfield.

Kartun pencetus semangat patriotisme
AN NASRAH ABDUL RAHIM
FOTO: MOHD ZULFADHLI MOHD ZAKI

16 Julai 2012
Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat

Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Dengan hanya memulakan lakaran kartun komik mengenai kehidupan zaman kanak-kanaknya di kampung, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat mendapat pengiktirafan antarabangsa daripada dua pengasas kartun The Simpsons dan Groo The Wanderer, Matt Groening dan Sergio Aragones.

Komik The Kampung Boy mendapat sambutan yang cukup hangat apabila berjaya dijual 70,000 naskhah dalam tempoh empat bulan berada di pasaran. Komik itu kemudian dicetak semula sebanyak 16 kali selepas 2009 dan telah menjulang beliau sebagai kartunis paling masyhur di Malaysia.

Setiap karyanya mampu memberi pengaruh dan impak besar kepada masyarakat seluruh negara. Apa yang diterjemahkan dapat memupuk semangat perpaduan kaum berbilang bangsa, penerapan kasih sayang terhadap negara, aspek disiplin serta gambaran suasana sosial politik Malaysia secara lelucon tanpa berat sebelah.

Baru-baru ini, pemenang hadiah Kebudayaan Asia Fukuoka pada 2002, telah dinobatkan sebagai Kartunis Sepanjang Zaman dan 10 kartunis lain oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penerima anugerah lain Mior Sariman Mior Hassan (Mishar) - Pencetus Revolusi Kartun; Jaafar Taib - Kartunis Dedikasi; Hassan Muthalib - Bapa Animasi Malaysia; Profesor Dr Muliyadi Mahamood - Cendekiawan Kartun Malaysia, Zainal Buang Hussien - Kartunis Karismatik; Kamn Ismai - Pencapaian Animasi Bersiri Malaysia, Tan Sri Lim Kok Wing - Karyawan Inovatif, Reggie Lee - Kartunis Masyarakat Malaysia, Margaret Chelatora - Kartunis Masyarakat Malaysia dan Abdul Jamil Ahmad - Pencapaian Animasi Antarabangsa.

Program pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia bertemakan Anda, PM dan Kartunis itu dianjurkan Konsortium Cartoonist At Work (CAW) dengan kerjasama Kelab Putra 1Malaysia telah membuka peluang orang ramai mendekati penggiat kartun dan animasi sekali gus mengiktiraf nama besar dalam segmen masing-masing dalam arena penggiat kartun tempatan dan antarabangsa.

 Melalui program ini, Lat berterima kasih kepada semua pihak apabila menubuhkan Yayasan Penggiat Kartun 1Malaysia yang memperuntukkan sebanyak RM300,000. Katanya, ini jelas sebagai sokongan moral daripada Perdana Menteri supaya usaha memperkasakan kartun diperhebat lagi.

Lat berpendapat, segala pengiktirafan yang diterima sebelum ini adalah untuk memperlihatkan semangat patriotisme melalui dan budaya kesantunan Melayu yang sangat tinggi sekali gus menunjukkan ciri lemah-lembut dan budi pekerti masyarakat Malaysia.


Pengalaman hidup

Bagi Lat, apa yang kekal bukanlah disandarkan kepada nama. Tetapi, permulaannya adalah melalui jiwa dan semangat untuk menghasilkan sesuatu karya yang bermulanya dari hati.

"Sebahagian orang yang menilai karya saya, dapat merasa diri mereka berada dalam cerita yang saya hasilkan," ujarnya yang kelihatan tenang sepanjang temu bual eksklusif bersama Sinar Harian.

Menurutnya, cerita yang dilakarkan melalui karya The Kampung Boy bukanlah cerita rekaan tetapi adalah hakikat sebenar. Sungguhpun ia adalah cerita dan pengalamannya selama berada di kampung, namun hasil karyanya telah menyuntik semangat perpaduan kaum, memupuk rasa harmoni dan persefahaman sosial serta perbezaan kedua-dua persekitaran kehidupan bandar dan luar bandar.

Dalam penglibatannya melalui politik, beliau tidak menafikan turut membuat kartun politik tetapi penerapan memperkasakan patriotisme banyak dilakukan ketika Tun Mahathir Mohamad mula menjadi Perdana Menteri pada 1982. Apa yang yang diperkatakan bekas Perdana Menteri keempat itu akan disampaikan dalam bentuk ilustrasi kartun.

Lat berkata, dalam memperjuangkan seni lakaran kartun ini juga mestilah berpandukan semangat patriotisme. Di mana kesedaran ini dilihat bermula dari penghujung tahun 1920an yang mana majalah dan risalah Polis (orang Inggeris yang melakukannya terlebih dahulu) telah diterjemahkan dalam bentuk kartun hitam putih.

Beliau berpendapat, melalui lakaran kartun dapat mendidik. Malah, beliau dapat melihat orang muda hari ini sudah banyak menerbitkan jenis komik yang juga memperjuangkan semangat patriotisme.

Lat sebelum ini, menerbitkan lebih daripada 20 jilid kartun semenjak berusia 13 tahun, kebanyakan karya selain The Kampung Boy (1979) yang diterbitkan di beberapa negara.

Karyanya mencerminkan pandangan dirinya terhadap hal ehwal Malaysia dan dunia yang sering disiarkan dalam akhbar kebangsaan seperti New Straits Times dan Berita Minggu. Beliau mengadaptasikan pengalaman hidupnya lalu menerbitkannya dalam bentuk autobiografi, iaitu The Kampung Boy and Town Boy. Beliau mampu membuat cara ilustrasi sendiri dengan melukis orang dengan coretan dakwat tebal.


Nizam pencetus BoBoiBoy
Oleh : DIANA SURYA ABD WAHAB
Tarikh : November 8, 2011
boboiboy
Tanya sahaja kepada kanak-kanak juga orang dewasa, siapakah superhero atau adiwira animasi yang menjadi pujaan mereka sebelum ini. Pasti tertumpu kepada Ben10, Ultraman, Doraemon, Dragon Ball dan banyak lagi.

Jika dulu orang ramai terpegun dengan animasi luar negara, namun setelah hasil kerja anak muda tempatan ini semakin hangat ditayangkan, penonton sudah mula membuka mata dan cenderung menonton animasi berwajah Malaysia yang lebih mudah difahami.

Melihat perkembangan sekarang, ternyata produk animasi tempatan sama ada dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D) sudah mampu bersaing dan diterima ramai. Bukan sahaja dalam negara kini, ia juga boleh ditonton di negara jiran, Indonesia seperti siri animasi Upin&Ipin.

Maka tidak sia-sia niat Mohd Nizam Abdul Razak atau lebih mudah dikenali Nizam Razak, yang ingin membuka mata penonton dalam usaha memperjuangkan produk animasi.

Saya bermula sebagai pengarah eksekutif, pengarah dan penulis skrip dalam penghasilan Upin&Ipin. Berlandaskan usaha berserta minat mendalam, animasi itu sudah berjaya diangkat hingga ke layar perak.
Bertitik-tolak dari kejayaan Upin&Ipin, perasaan dan keinginan untuk mempunyai animasi jenama sendiri semakin membuak-buak.

Selepas merasakan industri animasi di Malaysia semakin berkembang, maka saya memberanikan diri menghasilkan animasi saya sendiri iaitu BoBoiBoy,” kata graduan Filem dan Animasi, Universiti Multimedia, Cyberjaya ini.

Detik pembabitan

Nizam yang turut bertindak selaku Pengarah Urusan Syarikat Animosta Studio berkata, usaha mencipta sesuatu baru ini bukan mudah, kerana ia perlu berbekalkan minat mendalam dan komitmen tinggi.

Selain berbekalkan usaha, penghasilan animasi juga perlu berlandaskan kualiti, bahan segar dan menarik agar produk animasi tempatan ini boleh di bawa ke peringkat lebih tinggi memandang industri ini cukup luas sekarang.

Berbeza jika dibandingkan 10 tahun lalu, penerbitan animasi hanya dipandang sebelah mata kerana kurang pendedahan dari segi penghasilan,” katanya.

Nizam mengakui meminati banyak watak animasi seperti Doraemon, Detactive Konan, Sinchan dan telah menjadikan karakter ini sebagai pemangkin semangatnya untuk terus menghasilkan produknya sendiri.

Katanya, sejak berada di pusat pengajian tinggi, dia sudah mengimpikan sesuatu lebih jauh dalam bidang animasi walaupun peringkat awal mendapat tentangan dan dipandang remeh.

Penghasilan Misi Mustahak bersama rakan-rakan untuk projek tahun akhir , membuatkan saya terfikir, anak muda tempatan boleh menghasilkan animasi malah lebih baik daripada sedia ada.

Lebih menarik apabila karya kami mendapat pujian dan berjaya menarik minat pensyarah serta rakan-rakan. Dari situ semangat mula datang dan semakin menebal dari hari ke hari untuk menjadikan minat sebagai kerjaya,” ujarnya.

Cetusan idea BoBoiBoy

Selepas berhempas-pulas menimba pengalaman di Les’ Copaque Productions Sdn Bhd (LCPSB) dalam membangunkan animasi Upin&Ipin, Nizam kini boleh berbangga dengan kejayaan BoBoiBoy.

Biarpun pada peringkat awal tindakannya menghasilkan BoBoiBoy memaksanya untuk berdiri di atas kaki sendiri, Nizam tidak patah semangat.

Melihatkan animasi Upin & Ipin yang diusahakan selama empat tahun berada di Les’ Copaque Production Sdn Bhd boleh berjaya, mengapa pula tidak Boboiboy lantas dia mengambil keputusan tekad membuka studionya sendiri.

Walaupun baru tujuh bulan berada di pasaran, BoBoiBoy yang dihasilkan bersama bersama teman sealiran iaitu Mohd Safwan Abd Karim (Pengarah Eksekutif Animosta Studio), Muhammad Anas Abd Aziz (Pengarah Kreatif Animosta Studio) dan Kee Yong Pin (Pengarah Penerbitan Animosta Studio), di bawah jenama Animosta Studio.

Bercerita pengalamannya menghasilkan BoBoiBoy, Nizam mengakui, mereka berempat berhempas-pulas dan bersengkang mata menghasilkan produk sendiri selama beberapa bulan.

Menghasilkan idea baru bukan mudah, kami terpaksa menyewa rumah dan memerah idea menyiapkannya. Bayangkan satu episod kami memerlukan masa sebulan, jadi untuk 13 episod, hampir setahun kami usahakan tanpa mengira siang atau malam.

Adakala kami kekurangan sumber kewangan dan terpaksa mengeluarkan wang simpanan dan meminta bantuan daripada keluarga dan rakan-rakan untuk menjayakannya usaha ini,” katanya.

Malah Nizam juga terpaksa menerangkan kepada keluarga mengapa dia nekad menjadikan bidang animasi sebagai kerjaya.

“Ketika baru bermula, ibu bapa saya pelik bila saya mengutarakan cadangan untuk masuk dalam bidang animasi kerana mereka bimbang pada waktu itu, sukar mencari makan dalam bidang ini.

“Namun dari minat mendalam dan memperlihatkan kesungguhan dalam bidang animasi serta berkat kesabaran, akhirnya pemilihan kerjaya ini membuahkan hasil yang menguntungkan apabila BoBoiboy berjaya dihasilkan untuk beberapa episod,” katanya.

Usaha berbaloi

Nizam berkata, meskipun perlu melalui pelbagai saat sukar, mereka bersyukur kerana akhirnya ada pihak yang sudi menghulurkan tangan untuk membantu menjayakan impiannya.

Pada peringkat awal, beberapa agensi kerajaan termasuk Pusat Kandungan Kreatif Multimedia Malaysia (MAC3) di bawah Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), membekalkan beberapa perisian
untuk kemudahan menghasilkannya.

Tidak terhenti di situ sahaja, Nizam juga berjaya mendapat kerjasama daripada sebuah lagi agensi, Cradle Fund Sdn. Bhd. yang membantu menyalurkan dana bagi merealisasikan projek Boboiboy yang dijadikan sebagai batu loncatan.

“Sokongan daripada Multimedia Development Corporation (MDeC) menerusi grant BCi2 dan MAC3, salah satu inisiatif MDeC dalam menyediakan lokasi, kemudahan perisian dan hardware untuk syarikat seperti kami.

Daripada situlah saya bersama rakan-rakan semakin hari semakin bersemangat untuk menerbitkan BoBoiBoy musim pertama dan seterusnya mengembangkannya,” ujar Nizam.

Perkembangan BoBoiBoy dapat dilihat dengan terhasil DVD, butang BoBoiBoy mengikut watak dan beberapa barangan yang berada di pasaran tidak lama lagi antaranya baju, bekas pensil, beg sekolah, buku, kek dan banyak lagi.

Nizam menambah, ia tidak cukup setakat itu sahaja, kejayaannya yang juga salah seorang peneraju BoBoiBoy turut dibantu oleh suara latar orang yang cukup berbakat.

Jika tidak ada individu seperi adik Nur Fathiah sebagai BoBoiBoy, Nur Sarah Alisya (YaYa), Yap Ee Jean (Ying) dan Dzubir Mohammed Zakaria (Gopal), maka BoBoiBoy juga tidak ke mana,” ujarnya.

Sementara itu, daripada beberapa penghasilan, pembelajaran dan pengalaman yang boleh dikutip selama dia berkecimpung dalam industri animasi ini Nizam menekankan beberapa prinsip.

Nizam berkata, prinsip yang di pegang setakat ini, dengan mementingkan penghasilan produk yang berkualiti tinggi termasuklah daripada segi penceritaan dan skrip animasi itu selain watak yang terkandung.

“Selain itu ia juga yang perlu ada adalah realistik di mana jangan terlalu terpesona dengan penghasilan yang boleh dikatakan sebagai syok sendiri. Watak yang ditampilkan perlu sesuai dan diminati. Selalunya saya akan siarkan di laman Youtube untuk mendapat maklum balas. Barulah kerja tak sia-sia,” ujarnya.

Kini, segala usaha yang dilakukan selama ini boleh dianggap berbaloi kerana animasi BoBoiBoy telah mencetus satu lagi fenomena baru dalam dunia interaktif tempatan hingga berjaya menarik minat tiga juta penonton di TV3.

Ikon kanak-kanak

BoBoiBoy kini bukan sahaja ditayangkan TV3 sahaja bahkan sudah mendapat tempat di saluran Disney (Astro) dan akan memasuki pasaran Indonesia pada tahun hadapan.

Setiap karakter dihasilkan mempunyai nilai tersendiri. Bukan senang untuk menghasilkan produk yang baik.

Dengan meminati banyak watak animasi, sedikit sebanyak banyak membantu dalam menghasilkan idea untuk menerbitkan superhero namun ia harus selaras dengan budaya dan fahaman masyarakat kita.

Bukan untuk membuat perbandingan, masing-masing punya keistimewaan sendiri cuma apa dibawakan BoBoiBoy lebih jauh ke depan yang banyak kami berkongsi tentang pengetahuan.

Animasi boleh dijadikan ikon, jadi kalau boleh kami mahu BoBoiBoy dilihat sebagai satu lagi ‘ikon’ berkualiti untuk kanak-kanak di negara ini,” katanya.

Secara ringkas apa yang menarik dalam Boboiboy meliputi karakter super hero Bo, Boi dan Boy, nilai-nilai murni, karakter makhluk asing dan juga unsur futuristik di sekitar ibu kota.

Ia memaparkan karakter utama, seorang kanak-kanak bernama BoBoiBoy dan dibantu oleh beberapa karakter tambahan seperti Gopal, Ying, Yaya.

Kisahnya bermula dalam usaha dirinya menyalurkan bantuan kepada orang ramai, BoBoiBoy terpisah kepada tiga orang iaitu Bo, Boi dan Boy. Dalam masa yang sama mempunyai tiga kuasa berbeza termasuk tanah, angin dan petir.

Cabarannya juga ditambah mewujudkan karakter makhluk asing yang membawa pulang biji kopi ke planetnya.