Saturday 10 November 2012

Yoshito Usui


Yoshito Usui 



Biodata

Lahir: 21 April 1958
Tempat Lahir :Shizuoka City, Shizuoka, Japan

Meninggal Dunia: Berusia 51 ,11 September 2009
Tempat Meninggal :Shimonita, Gunma, Japan

Daerah:    Kasukabe, Saitama, Japan
Perkerjaan : Pelukis Manga
Karya dikenali:Crayon Shin-chan
Karya Lain:
  •    Mix Connection
  •     Scrambled Egg
  •     Super Shufu Tsukimi-san
  •     Super Mix
  •     Unbalance Zone

Biografi

Pada tahun 1977, beliau merupakan lulusan Sekolah Tinggi Teknikal kasukabe, Saitama.
Pada tahun 1979, beliau menyertai sebuah syarikat pengiklanan yang dipanggil Pengiklanan POP. Beliau membuat penampilan sulungnya sebagai kartunis pada tahun 1987 apabila Weekly Manga Action telah menerbitkan manga Darakuya Store Monogatari.
 

Pada tahun Ogos 1990, siri crayon shin chan telah disiarkan dalam Weekly Manga Action . Manakala pada tahun 1992 siri anime berdasarkan manga telah ditayangkan. Pada tahun 1995 filem anime crayon shin chan telah ditayangkan. Bermula tahun 1995 komik strip Usui's Super Shufu Tsukimi=san telah disiarkan dalam majalah Manga life.

Semasa kematiannya ,dia telah meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan.

 

                                                                              
    Lokasi Yoshito Usui Ditemui


Meninggal Dunia
 
Pada tahun 12 september 2009 , keluarganya telah membuat laporan tentang kehilangan yoshito usui kerana tidak pulang mendaki di Wilayah Gunma yang berdekatan dengan rumahnya.Pada 19 september 2009 mayat yoshito usui telah ditemui lengkap dengan pakaian mendaki ditemui bawah tebing di gunung Arafune di Gunma.Mayatnya telah dikenal pasti oleh ahli keluarganya berdasarkan rekod pergigian.Kameranya juga telah menangkap gambar terakhir semasa berada di puncak .Pergembumiannya telah dilakukan secara tertutup dan hanya keluarganya yang terdekat telah menghadiri.





   


0 comments:

Post a Comment